Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan mengatasi Kuala Lumpur City (KL) City FC untuk menjulang Piala Sumbangsih buat kali kelima berturut-turut selepas mencatat kemenangan 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor, malam ini.
Pemain JDT Muhammad Nazmi Faiz Mansor meraikan jaringan bersama Arif Aiman Mohd Hanapi (kiri) ketika menentang KL City FC pada perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim hari ini. Kedudukan separuh masa pertama JDT 2-0 KL City FC. Foto: Bernama

Piala Sumbangsih : JDT mudah atasi KL City FC 3 – 0 

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 Feb :  Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan mengatasi Kuala Lumpur City (KL) City FC untuk menjulang Piala Sumbangsih buat kali kelima berturut-turut selepas mencatat kemenangan 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor, malam ini.

Jaringan pemain tengah Muhamad Nazmi Faiz Mansor dan penyerang import baharu Fernando Forestieri masing-masing meletakkan JDT mendahului pada separuh masa pertama sebelum pemain gantian Mohd Afiq Fazail melengkapkan malam gemilang pasukan dengan gol ketiga pada penghujung perlawanan.

Kejayaan di laman sendiri itu menyaksikan skuad Harimau Selatan menjulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah buat kali ketujuh dalam tempoh lapan musim sejak mula mendominasi saingan itu pada 2018.

JDT juga memahat sejarah tersendiri malam ini apabila muncul satu-satunya pasukan merekodkan pencapaian memenangi Piala Sumbangsih lima kali berturut-turut selepas mencipta hatrik pada edisi 2020 diikuti kejayaan musim 2021.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan