Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
JOHOR BAHRU, 26 Feb -- Calon-calon Pilihan Raya Negeri Johor yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.49 Kota Iskandar iaitu (dari kiri) Pandak Ahmad (BN), Samsudin Ismail (PN), Dr. Zaini Abu Bakar (Pejuang), Dzulkefly Ahmad (PH) dan R. Arangkannal (Parti Sosialis Malaysia (PSM)) menunjukkan nombor berdasarkan urutan kertas undi di Pusat Penamaan Calon di Dewan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri hari ini.
Calon-calon Pilihan Raya Negeri Johor yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.49 Kota Iskandar iaitu (dari kiri) Pandak Ahmad (BN), Samsudin Ismail (PN), Dr. Zaini Abu Bakar (Pejuang), Dzulkefly Ahmad (PH) dan R. Arangkannal (Parti Sosialis Malaysia (PSM)) menunjukkan nombor berdasarkan urutan kertas undi di Pusat Penamaan Calon di Dewan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri hari ini.? Hari pengundian Pilihan Raya Negeri Johor ditetapkan pada 12 Mac dan pengundian awal pada 8 Mac. Foto: Bernama

239 calon pelbagai parti bertanding PRN Johor – SPR

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 26 Feb : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan seramai 239 orang calon mewakili pelbagai parti diterima untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 Johor selepas proses tempoh penamaan ditutup pukul 10 pagi tadi.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, daripada jumlah itu Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menampilkan calon paling ramai iaitu 56 orang bagi bertanding di kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditawarkan.

Katanya, Pakatan Harapan (PH) pula meletakkan 30 calon manakala Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) membariskan 42 calon.

” Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula berjaya mencalonkan 20 orang wakilnya serta 16 orang calon bebas turut bertanding,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Abdul Ghani berkata, parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menampilkan tujuh calon manakala Parti Warisan Sabah (Warisan) juga bertanding buat kali pertama di Johor dengan enam calon.

Sementara itu, beliau memberitahu, PRN Ke-15 Johor juga menyaksikan pertandingan tujuh penjuru di dua DUN, enam penjuru di empat DUN, lima penjuru (lapan DUN) dan empat penjuru di 35 DUN.

” Seramai 202 orang merupakan calon lelaki dan 37 orang wanita. Calon paling muda berusia 26 tahun yang ditampilkan oleh BN di DUN Mengkibol dan calon Perjuang di DUN Tangkak,” katanya.

PN pula menampilkan calon tertua berusia 71 tahun di DUN Bukit Permai. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan