Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Turki mahu bekerjasama dengan Sarawak
Turki mahu bekerjasama dengan Sarawak

Sarawak pintu masuk ke ASEAN – Duta Turki ke Malaysia

ByNazirah Adlina

KUCHING, 26 Feb : Turki berhasrat untuk menjalinkan kerjasama lebih erat dengan Sarawak membabitkan sektor perdagangan, komersial dan budaya.

Duta Turki ke Malaysia, Dr Merve Safa Kavakci berkata, ini kerana negaranya melihat Sarawak sebagai pasaran yang sangat berpotensi untuk terus berkembang di rantau ini.

” Apabila melihat Sarawak, kita bukan hanya melihat Sarawak sebaliknya sebagai pintu masuk ke Asia Tenggara yang lebih besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan kunjung hormat bertemu Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, Petrajaya, semalam.

Pada masa sama, Kavakci berkata, Kerajaan Turki juga mahu rakan dagangnya di seluruh dunia melihat negara berkenaan sebagai ‘bukan sekadar sebagai sebuah negara’.

” Kami ingin rakyat Sarawak melihat Turki sebagai hab ke Eropah, Timur Tengah, Asia Tengah, Afrika dan Amerika,” katanya.

Sementara itu , beliau memberitahu, pihaknya juga akan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk merintis kerjasama dalam bidang penyelidikan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan