Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
kes sembuh covid lebih tinggi
kes sembuh covid lebih tinggi

Kes baharu COVID-19 menurun kepada 30 644

ByNurul Amarlina

KUCHING, 26 Feb: Kes positif baharu COVID-19 di Malaysia mencatatkan sedikit penurunan apabila sebanyak 30,644 jangkitan baharu dilaporkan.

Ini menjadikan jumlah kes kumulatif mencecah 3,367,871 juta kes sejak negara dilanda pandemik.

Pagi semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan sebanyak 32 070 kes baharu iaitu rekod kes harian baharu tertinggi.

Perincian kes baharu yang disahkan pagi ini menyaksikan sebanyak 30,488 kes atau 99.49 peratus terdiri daripada pesakit kategori satu dan dua manakala 156 lagi atau 0.51 peratus adalah dalam kategori tiga, empat dan lima.

“Daripada 156 kes COVID-19 kategori tiga, empat dan lima, 33 kes tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi dan 77 kes telah menerima dua dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak,” jelas KKM menerusi kenyataan media.

KKM turut mendedahkan, sejumlah lima kluster baharu yang melanda di negara ini menjadikan jumlah kluster aktif sebanyak 498. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan