Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis tahan mekanik dan penganggur akibat penyalahgunaan dadah

21 tahun jadi hamba dadah, wanita baju pink akhirnya diberkas polis

MUKAH, 26 Feb : Seorang mekanik dan penganggur wanita ditahan polis di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Pantai Jebungan , dekat sini pada malam kelmarin kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata, hasil ujian saringan air kencing terhadap lelaki berusia 42 tahun dan wanita berusia 44 tahun itu mendapati mereka berdua positif dadah jenis Amphetamine.

Katanya, ketika pemeriksaan dilakukan pada pukul 8 malam di rumah berkenaan, polis merampas satu keratan straw lutsinar berwarna merah jambu berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine dengan berat kasar 0.40 gram.

“Siasatan awal mendapati wanita itu terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah sejak awal tahun 2001 sehingga sekarang.

Suspek lelaki pula mengaku terjebak dengan dadah kira – kira empat tahun lalu,” katanya.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) , Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan