Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perang Ukraine
Perang Rusia Ukraine

137 askar dan rakyat Ukraine maut, Kyiv dakwa berjaya bunuh 50 askar Rusia

KYIV, 25 Feb : Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky malam tadi mengesahkan seramai 137 orang terbunuh manakala 316 lagi cedera selepas serangan tentera Rusia yang dilancarkan pagi semalam kini semakin menghampiri ibu kota negara itu.

Memetik laporan Reuters, angka korban itu melibatkan anggota tentera Ukraine dan orang awam yang menjadi mangsa pertempuran dan letupan bom dalam operasi ketenteraan itu yang bermula pagi semalam.

Zelensky berkata, pihaknya menjangkakan jumlah kematian akan terus meningkat memandangkan penduduk negara berkenaan kini sedang bergerak meninggalkan kawasan kediaman yang menjadi medan perang.

” Selain itu, tentera Rusia tidak menunjukkan isyarat akan menghentikan serangan ketika ini,” katanya.

Sementara itu, jurucakap tentera Ukraine mendakwa, mereka berjaya memusnahkan empat kereta kebal milik Rusia di utara bandar Kharkiv serta membunuh 50 orang tentera penceroboh berhampiran Luhansk.

Ukraine mendakwa, pasukan keselamatannya juga berjaya menembak jatuh enam pesawat tempur Rusia di kawasan timur negara itu.

Sementara itu, laporan media tempatan menyebut sekitar 100 000 rakyat Ukraine meninggalkan kediaman masing – masing dan menuju ke beberapa negara jiran termasuk Romania, Poland, Moldova dan Hungary untuk mencari pelindungan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan