Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

COVID-19: Kluster Lorong Siol Kandis, kluster terbaharu di Sarawak

ByElani Rosllan

KUCHING, 24 Feb: Sebanyak 416 kes baharu COVID-19 direkodkan di Sarawak hari ini, menjadikan keseluruhan jumlah kes di negeri ini meningkat kepada 257,952 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan, daripada 416 kes positif tersebut, 407 kes berada dalam Kategori 1 (Tiada Gejala) dan Kategori 2 (Gejala Ringan), manakala sebanyak tiga kes berada dalam Kategori 3, lima kes dalam Kategori 4 dan satu kes dalam Kategori 5. 

“Statistik bilangan kes mengikut pecahan daerah pula menyaksikan Kuching dengan 136 kes, Sibu 95 kes dan Miri 75 kes. Daerah lain seperti Bintulu pula merekodkan sebanyak 27 kes, Kapit 21 kes dan Mukah 16 kes,” menurut kenyataan yang dikeluarkan JPBN Sarawak.

Terdapat satu kluster baharu direkodkan di Sarawak hari ini iaitu Kluster Lorong Siol Kandis, Kuching. 

Kluster ini melibatkan sebuah sekolah yang terletak di Lorong Siol Kandis dan puncanya dikesan daripada sebuah keluarga di Kampung Pinang Jawa, Kuching.

Sebanyak 29 individu telah disaring dan 9 orang didapati positif manakala 20 orang lagi negatif.

Ini menjadikan jumlah kluster aktif di Sarawak sebanyak tiga kluster.

Kenyataan media tersebut juga menjelaskan bahawa tiada kes kematian direkodkan di Sarawak hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan