Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Buruh dan mekanik ditahan di Mukah akibat dadah

Buruh dan mekanik ditahan akibat penyalahgunaan dadah

MUKAH, 24 Feb: Seorang buruh dan mekanik ditahan di dua lokasi berasingan oleh anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Mukah pada tengah hari Rabu kerana terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superitenden Muhamad Rizal Alias, tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki 29 tahun di tepi Jalan Masuk Ladang Rinwood, Mukah sekitar jam 12.00 tengah hari melalui Ops Tapis.

“Kita menahan sebuah kereta jenis Produa Kancil dan menahan lelaki berkenaan yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan, kita menjumpai satu paket lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine dengan berat kasar 5.12 gram dengan nilai anggaran RM512,” katanya dalam satu kenyataan.

Semua barang suspek turut dirampas dan suspek dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Mukah untuk tindakan lanjut sebelum ditahan di lokap Balai Polis Mukah.

Siasatan awal mendapati, suspek dipercayai terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah sejak akhir Januari tahun 2022 sehingga sekarang dan hasil ujian saringan awal air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine.

Manakala dalam satu lagi serbuan di lokasi berasingan, seorang lelaki 27 tahun ditahan di hadapan bengkel tidak bernombor di Jalan Haji Mohd Fauzi Mukah sekitar jam 12.00 tengah hari kerana turut disyaki terlibat kegiatan penyalahgunaan dadah.

“Hasil pemeriksaan ke atas tubuh suspek kita menjumpai satu botol kecil warna hitam bertulisan “Salt Ice Cream Vanilla” berisi cecair disyaki dadah dengan berat kasar 13.00 gram denvan nilai anggaran RM100.

“Kesemua barang turut dirampas untuk dijadikan barang kes, dan suspek dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Mukah untuk tindakan lanjut,” katanya lagi.

Hasil pemeriksaan ke atas tubuh suspek 27 tahun menjumpai satu botol kecil warna hitam bertulisan “Salt Ice Cream Vanilla” berisi cecair disyaki dadah dengan berat kasar 13.00 gram dengan nilai anggaran RM100.

Berdasarkan siasatan awal suspek terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah  sejak awal Disember tahun 2021 sehingga sekarang.

“Hasil ujian air kencing saringan awal polis terhadap turut mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine,”ujarnya lagi.

Sabit kesalahan, suspek boleh didakwa di bawah Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kedua-dua suspek boleh dikenakan hukuman penjara dua hingga lima tahun dan tiga hingga sembilan kali sebatan.

Suspek juga boleh didakwa di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 boleh dihukum penjara tidak lebih 2 tahun atau didenda tidak melebihi RM 5000 serta pengawasan polis tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun jika didapati bersalah – TVS

Tags: dadah

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan