Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
MENGAKU BERSALAH.. Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Seksyen Mukah pada Selasa kerana terlibat dengan kegiatan dadah pada Oktober tahun lalu.

Peniaga roti canai dipenjara sembilan tahun akibat dadah

MUKAH, 23 Feb: Seorang wanita yang bekerja sebagai peniaga roti canai dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Seksyen Mukah di sini pada Selasa kerana terlibat dengan kegiatan dadah pada Oktober tahun lalu.

Tertuduh Shaptuyah Aswart, 41, yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah semasa pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Syarifuddin Abdul Rasa bersama-sama Pegawai Pendakwaan Muhamad Azham Marwan.

Menurut laporan Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superitenden Muhamad Rizal Alias tertuduh pada 10 Oktober 2021 lalu sekitar jam 5.45 petang ditahan oleh sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Mukah di tepi Jalan Selangau-Bintulu kerana disyaki terlibat dengan kegiatan dadah.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan suspek kita merampas satu beg silang berwarna hitam dan menjumpai satu paket plastik lutsinar besar dan dua paket plastik lutsinar sederhana besar masing-masing berisi ketulan-ketulan kristal disyaki Dadah jenis Methamphetamine.

“Manakala satu paket plastik lutsinar sederhana besar mengandungi lima paket plastik lutsinar kecil yang berisi ketulan-ketulan kristal dadah jenis Methamphetamine dengan berat kasar
51.60 gram,” katanya dalam satu kenyataan.

Seterusnya suspek ditahan dan pada peringkat awal siasatan di bawah Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Mukah.

Setelah selesai siasatan pertuduhan telah diubah kepada Seksyen 39 A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas keputusan analisis daripada Jabatan Kimia Sibu mendapati bahawa berat dadah tulin telah berkurangan daripada berat kasar yang asal.

Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun penjara dan tidak kurang 10 sebatan.-TVS

Tags: dadah

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan