Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KKM nafi video tular pelajar sekolah alami reaksi selepas divaksinasi

KKM nafi video tular pelajar sekolah alami reaksi selepas divaksinasi

ByBernama

KUALA LUMPUR, 23 Feb: Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan video tular menerusi media sosial yang mendakwa pelajar sekolah mengalami reaksi selepas divaksinasi.

Kementerian itu menerusi kenyataan hari ini memaklumkan video berkenaan adalah video lama berkaitan kejadian keracunan gas di sebuah sekolah di Pasir Gudang, Johor pada 2019.  

“Orang ramai disaran agar tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat sebaliknya merujuk media sosial rasmi KKM untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini,” menurut kenyataan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan