KUCHING, 21 Feb : Kementerian Pendidikan (KPM) belum membuat keputusan berhubung dengan isu beg sekolah berat yang menjadi perbualan hangat.
Namun, pihak kementerian sedang memperhalusi perkara tersebut dan mengenal pasti beberapa punca kepada isu tersebut.
“Beberapa perkara tersebut sedang di bincangkan dan Kementerian Pendidikan sedang merangka pendekatan secara menyeluruh untuk tangani isu yang lama berlarutan ini secepat mungkin.” kata Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi dalam majlis pelancaran Sekolahku SEJAHTERA.
Antara punca yang diberi perhatian adalah jumlah mata pelajaran yang diajar terlalu banyak sehingga tujuh matapelajaran sehari atau buku teks tebal dan murid membawa buku tambahan.
“Kita sedang meneliti untuk melihat kadang-kadang kengkangan dalam konteks guru, hendak kurangkan mata pelajaran sehari tetapi ada kekurangan dalam kontek guru berdasarkan pilihan dan sebagainya”
“Ini kita teliti satu persatu, itu perkara pertama kita sedang lihat, kedua kadang-kadang anak-anak bawa buku dari luar, ada yang bawa sampai dua hingga tiga buku latihan”
Dr Radzi juga berkata penggunaan almari (locker) juga sedang diperincikan kementerian khususnya bagi persekolahan dua sesi.
Selain itu, KPM turut mengadakan perbincangan dengan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) untuk membenarkan pelajar yang mempunyai waktu persekolahan agama pada sesi petang memakai pakaian sedia ada.-TVS