Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PPM rampas minyak diesel dan lori tangki bernilai RM115,800

PPM rampas minyak diesel dan lori tangki bernilai RM115,800

SIBU, 21 Feb : Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sibu telah menahan dua lelaki tempatan dan merampas minyak diesel beserta sebuah lori tangki dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM115,800

Komander Pasukan Polis Marin Wlayah Lima Sarawak Asisten Komisioner Zulfikar Mohd Ghazali berkata, tangkapan dan rampasan tersebut dilakukan oleh tiga anggota daripada Unit Risikan PPM W5 dalam satu Op Landai di tepi Jalan Sibu-Bintangor pada jam 9.30 malam Sabtu lalu.

Pemeriksaan pihaknya mendapati lori tangki jenis Nissan Hino yang dinaiki dua lelaki tempatan berusia 31 dan 27 tahun terbabit membawa muatan minyak mengandungi 12,000 liter minyak diesel.

Kedua-dua suspek kemudian ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang bukti dokumen kebenaran memiliki, menyimpan dan membawa barang kawalan tanpa permit, tanpa lesen dan tanpa kebenaran khas dari pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Zulfikar memberitahu minyak diesel yang dirampas bernilai RM25,800 manakala anggaran lori bernilai RM90,000

Dua lelaki terbabit telah dibawa ke markas taktikal Pasukan Polis Marin Sibu untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

Tambah Zulfikar, tangkapan dan barang rampasan akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Kedua-dua suspek juga akan diserah dan dirujuk kepada KPDNHEP Sibu untuk tindakan susulan.-TVS

Tags: #bm, sibu

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan