LONDON, 21 Feb : Ratu Elizabeth II disahkan positif COVID-19.
Istana Buckingham yang mengesahkan perkara itu pada Ahad memaklumkan Ratu Elizabeth II sebelum ini telah mengalami simptom selsema.
“Baginda telah mengalami simptom seperti selsema ringan tetapi meneruskan tugas ringan di Windsor pada minggu akan datang,” Agensi Anadolu melaporkan kenyataan istana.
Ratu Elizabeth II, 95, adalah raja paling lama memerintah Britain, pada tahun ini merupakan Jubli Platinumnya meraikan 70 tahun di atas takhtanya.
“Dia akan terus menerima rawatan perubatan dan akan mengikut semua garis panduan yang sesuai,” kata kenyataan itu. -TVS