Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SHAH ALAM, 20 Feb -- Pasukan badminton lelaki negara muncul juara Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Pusat Konvensyen Setia City hari ini. 
Malaysia berjaya menewaskan Indonesia 3-0 pada peringkat akhir kejohanan itu. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Malaysia juara badminton berpasukan Asia

SHAH ALAM, 20 Feb : Pasukan lelaki kebangsaan mencipta sejarah selepas berjaya menjuarai Kejohanan Badminton Berpasukan Asia buat pertama kalinya dengan menewaskan juara bertahan Indonesia 3-0, di sini hari ini.

Apa yang lebih menarik lagi, skuad utama malaysia yang mengambil kesempatan ke atas pasukan kedua Indonesia, menggagalkan harapan musuh tradisi itu untuk memenangi kejohanan itu buat kali keempat berturut-turut, sejak kejohanan itu bermula pada 2016.

Bagaimanapun juara All England Lee Zii Jia bermula agak perlahan dan terpaksa berhempas pulas bagi mengelakkan Chico Aura Dwi Wardoyo dari memenangi set pembukaan 21-14.

Bagaimanapun bangkit dengan sokongan penuh daripada 200 penyokong tempatan di Pusat Konvesyen Setia City di sini, Zii Jia meningkatkan permainan dan serangannya, yang menyaksikan pemain nombor tujuh dunia itu berjaya mendahului pemain berusia 23 tahun dari Indonesia itu 16-6, sebelum menang set kedua dengan 21-12.

Set ketiga memperlihatkan keupayaan sebenar Zii Jia, dan berjaya mengalahkan Chico 21-10, dan memberikan Malaysia mata pertama.

Aksi seterusnya menyaksikan pemenang pingat gangsa beregu lelaki Olimpik Tokyo 2020 Aaron Chia-Soh Wooi Yik melebarkan kedudukan kepada 2-0, dengan mengalahkan pasangan Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin dalam masa 56 minit.

Pasangan nombor tujuh dunia Aaron-Wooi Yik juga bermula di bawah prestasi sebenar dan tewas 17-21, sebelum pasangan itu meningkatkan permainan dan mengalahkan lawan yang berkedudukan ke-28 dunia, 21-13, sebelum menangi set ketiga yang penuh mendebarkan dengan mata 21-18.

Pemain muda meningkat naik Ng Tze Yong, pula berjaya mengembirakan peminat Malaysia dengan memberikan mata kemenangan 3-0.

Tze Yong, 21, yang berkedudukan ke-47 dunia menunjukkan prestasi baik dengan memenangi kedua-dua set dalam perlawanan menentang pemain ke-90 dunia Leonardo Imanuel Rumbay.

Selepas menang set pertama dengan 21-14, Tze Yong dengan smesynya yang kuat berjaya menamatkan permainan dengan 21-15, sekali gus menjadikan Malaysia selaku juara Asia yang baharu.

Penonton bersorak kegembiraan. Pasukan negara terus memasuki gelanggang untuk meraikan kemenangan bersejarah itu.

SHAH ALAM, 20 Feb — Pemain perseorangan negara Ng Tze Yong meraikan kemenangan bersama rakan sepasukan selepas menewaskan pemain Indonesia, Rumbay Ikhsan Leonardo Imanuel pada peringkat akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 peringkat akhir di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) hari ini. Tze Yong menang dengan keputusan 21-14,21-15. Pasukan negara muncul juara selepas menewaskan Indonesia 3-0. –fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kemenangan itu juga membolehkan Malaysia membalas dendam ke atas kekalahan mereka kepada Indonesia 1-3 pada edisi 2020 di Manila Filipina.

Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang mencemar duli berangkat menonton ke perlawanan akhir lelaki BATC 2022, berkenan menyempurnakan upacara penyampaian trofi kepada Malaysia, dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan