Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
kebakaran manila
kebakaran manila

Lima maut, enam cedera dalam dua kebakaran di Filipina

Kredit gambar GMA News Online

MANILA, 20 Feb : Lima maut dan enam lagi cedera dalam dua kejadian kebakaran berasingan di ibu negara Filipina pagi tadi.

Pihak berkuasa tempatan mengesahkan, empat maut dan lima cedera dalam kebakaran yang berlaku pada pukul 9.48 pagi waktu tempatan di kawasan padat di bandaraya berkenaan.

Agensi berita Xinhua melaporkan, anggota bomba mengambil masa 45 minit untuk mengawal kebakaran.

Terdahulu, satu kebakaran turut berlaku di pasar basah di Makati pada pukul 4 pagi yang mengorbankan seorang wanita berusia 76 tahun. 

Anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang gadis yang pengsan di lokasi kejadian.

Punca kebakaran masih disiasat.-TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan