Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Klinik Kesihatan Simpang Bukut bantu 68 rumah panjang dapatkan perkhidmatan kesihatan yang terbaik

MUKAH, 20 Feb: Pada Jumaat menyaksikan Klinik Kesihatan Simpang Bukut dibuka secara rasmi dan ia diakui sangat penting untuk penjagaan kesihatan primer bagi masyarakat di 68 buah rumah panjang di kawasan Bukut dan sekitarnya terus terjaga.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Dr Rosemawati Ariffin berharap dengan penubuhan klinik tersebut dapat memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan terbaik serta mampu memenuhi kehendak masyarakat setempat.

“Usaha ini sejajar dengan visi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.

“Setelah menunggu beberapa tahun untuk penyiapan projek klinik ini, akhirnya klinik kesihatan seluas 0.8873 hektar ini siap beroperasi pada tahun ini,” katanya berucap dalam Majlis Penyerahan dan Perasmian Klinik Kesihatan Bukut Jalan Selangau Mukah pada Jumaat.

Beliau yakin ia pastinya satu perkembangan positif dan berita yang menggembirakan buat semua penduduk kawasan Bukut dan sekitar.

Ujarnya klinik yang terletak dalam daerah Balingian itu merupakan klinik kesihatan ke-25 bagi bahagian Mukah dan merupakan antara projek di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) yang dibawa ke RMK11 bagi menggantikan fasiliti Klinik Kesihatan Ladang Sawit.

“Projek ini dibina dengan kos bernilai hampir RM7.02 juta dan dilaksanakan secara konvensional antara KKM dengan agensi pelaksana, Jabatan Kerja Raya serta pembinaan diterajui oleh kontraktor Akjaemura Jaya Sendirian Berhad bermula pada tahun 2017 dan siap sepenuhnya pada Januari 2020,” jelasnya lagi.

Kini klinik berkenaan bakal memiliki 21 kekuatan anggota pelbagai disiplin iaitu pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan, penolong pegawai farmasi, jururawat, pembantu perawatan kesihatan dan pemandu.

Pada kebiasaannya untuk mendapatkan rawatan kesihatan penduduk di Bukut terpaksa ke Hospital dan Klinik di Daerah Mukah atau Selangau, namun kini mereka hanya perlu ke Klinik berkenaan untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan