Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

VTL Singapura-Sarawak dicadangkan

ByNazirah Adlina

KUCHING, 19 Feb: Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak telah mencadangkan pelaksanaan Laluan Perjalanan Vaksin (VTL) antara Singapura-Sarawak menerusi ibu negeri atau Miri. 

Menterinya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pelaksanaan VTL berkenaan kelak diharapkan dapat meningkatkan jumlah kedatangan pelawat ke negeri ini selepas penutupan sempadan akibat pandemik COVID-19.

Katanya, ketika ini cadangan berkenaan memerlukan kajian lanjut sebelum mendapat kelulusan.

” VTL pertama membabitkan Singapura dengan Kuala Lumpur dan sekarang Brunei-Malaysia yang turut melibatkan Sarawak seperti diumumkan Perdana Menteri , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang melakukan lawatan kerja ke Brunei baru – baru ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Beccari Rattan Valley Trail (BRVT) bagi mempromosikan produk pelancongan baharu di Taman Negara Kubah, Matang di sini hari ini.

Mengulas mengenai persetujuan negara jiran berkenaan melaksanakan VTL dengan Sarawak , Abdul Karim berkata, beliau optimis perancangan itu dapat direalisasikan berpandukan beberapa faktor.

” Sarawak merupakan salah satu negeri yang menjalankan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat , oleh itu kes berkaitan COVID-19 tidak akan menjadi masalah sekiranya VTL diluluskan,” katanya.

Ujarnya lagi, kes jangkitan baharu di Sarawak juga rendah sejak beberapa bulan lalu dan walaupun kini turut berdepan kenaikan kes, namun situasi dapat ditangani dengan baik sehingga tidak menyaksikan peningkatan mendadak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan