Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUCHING, 19 Feb : Sarawak dijangka akan membentangkan undang – undang berkaitan kredit karbon dalam usaha memelihara kelestarian alam sekitar sekaligus sebagai tindak balas terhadap perubahan iklim.
KUCHING, 19 Feb : Sarawak dijangka akan membentangkan undang – undang berkaitan kredit karbon dalam usaha memelihara kelestarian alam sekitar sekaligus sebagai tindak balas terhadap perubahan iklim.

Sarawak cadang wujudkan undang-undang karbon pelihara kelestarian hutan

KUCHING, 19 Feb : Sarawak dijangka akan membentangkan undang – undang berkaitan kredit karbon dalam usaha memelihara kelestarian alam sekitar sekaligus sebagai tindak balas terhadap perubahan iklim.

Sekiranya dikuatkuasakan menurut Menteri Muda Pengangkutan I, Datuk Dr. Jerip Susil, Sarawak akan menjadi negeri pertama di Malaysia yang berbuat demikian.

Ujarnya, pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka akan membentangkan draf berkenaan sebelum Jun ini.

“Ini bagi memastikan cara menjalankan dagangan karbon.

Menerusi perlaksanaannya kelak, setiap pokok besar akan dipasang cip dan sejumlah insentif akan dibayar kepada pemilik yang berjaya memeliharanya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Tahunan Persatuan Usahawan Bidayuh Penrissen (PUBP) kali pertama di sini hari ini.

Sementara itu, Jerip yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong berkata, Abang Johari juga mempunyai perancangan untuk menjadikan kawasan Bidayuh Penrissen sebuah pusat pelancongan.

“Sebahagian daripada kawasan Bidayuh tersebut telah pun diisytiharkan di bawah Geopark UNESCO termasuklah Kampung Annah Rais,Bau dan Serian, tujuannya kerana kita mahu mengekalkan keunikan kawasan – kawasan ini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan