Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perpaduan Negara Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Tiong King Sing

Ahli Parlimen Bintulu positif COVID-19, tutup sementara pusat khidmat

ByAhmad Burhanuddin

BINTULU, 19 Feb : Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing memaklumkan beliau disahkan positif COVID-19 setelah menjalani ujian COVID-19 hari ini.

Beliau berkata, selepas keputusan ujian pertama positif, beliau menjalankan satu lagi ujian iaitu Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (rt-PCR) dan mendapat keputusan yang sama.

Sehubungan itu, King Sing kini menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari.

“Oleh itu, saya menyarankan kepada sesiapa yang bertemu dengan saya dalam masa terdekat ini supaya melakukan ujian COVID-19 dan menjalani kuarantin kendiri,” katanya.

Perkembangan itu katanya menyebabkan kedua-dua pusat khidmatnya di Bintulu dan Dudong terpaksa ditutup buat sementara waktu kerana terdapat kakitangan yang bertugas turut disahkan positif COVID-19.

Sepanjang tempoh kuarantin , beliau memberi jaminan akan melakukan yang terbaik untuk membantu rakyat di kawasannya.

“Sebarang kesulitan amat saya kesali dan ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada semua,” katanya.

Beliau turut menyeru rakyat supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan