Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Merpati bulatan Sri Aman. Foto: Nurul Amarlina

COVID-19: Kes baharu di Sarawak menurun kepada 376

KUCHING, 19 Feb : Jumlah jangkitan baharu COVID-19 di Sarawak merekodkan sedikit penurunan kepada 376 kes hari ini berbanding 390 semalam.

Ini sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negeri ini mencecah 256,068 kes sejak dilanda pandemik.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, Kuching kekal menjadi daerah yang paling terjejas dengan mencatatkan sebanyak 118 kes.

” Ini diikuti oleh Miri sebanyak 80 kes dan Sibu sebanyak 75 kes,” jelas JPBNS menerusi kenyataan media.

Sementara itu, sebanyak 22 kes turut dikesan di Kapit, 19 kes (Song ) dan 14 kes di Bintulu.

Kenyataan sama turut memaklumkan sebanyak 370 kes baharu adalah dalam kategori satu dan dua manakala enam kes lagi berada dalam kategori tiga, empat dan lima.

JPBNS turut melaporkan tiada pertambahan kluster baharu dengan jumlah kluster aktif kekal dua. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan