Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua lelaki berpakaian wanita di Laman Mahkota Bukit Serene ditahan
Dua lelaki berpakaian wanita di Laman Mahkota Bukit Serene ditahan

Dua lelaki berpakaian wanita di Laman Mahkota Bukit Serene ditahan

ByBernama

JOHOR BAHRU, 19 Feb : Polis menahan dua lelaki semalam berhubung dakwaan berpakaian wanita dan mengambil gambar kurang sopan di hadapan Laman Mahkota Istana Bukit Serene di sini serta memuat naiknya menerusi laman sosial Facebook.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata gambar tersebut kemudiannya dikongsikan semula oleh pengendali Facebook Persatuan Bangsa Johor daripada pemilik akaun Facebook Bryan Wee dan Deachon Chai.

Beliau berkata tangkapan dilakukan kira-kira 12.30 hingga 1.30 tengah semalam di sekitar Taman Nusa Bestari dan Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di sini.

“Kedua-duanya akan direman untuk siasatan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang menimbulkan kegusaran awam dan menggugat keharmonian negara, jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian, jika disabit kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan.

Kamarul Zaman berkata ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua lelaki itu positif dadah jenis ketamin dan mereka turut disiasat di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Justeru, polis menyeru orang ramai supaya menggunakan media sosial secara berhemah dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat keselamatan serta ketenteraman awam,” katanya.

Terdahulu, tular menerusi media sosial beberapa keping gambar kedua-dua lelaki berkenaan berpakaian wanita dan kurang sopan di hadapan Laman Mahkota Istana Bukit Serene. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan