Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia tumpas kepada Laos 1-2 dalam Kejohanan Bawah 23 AFF di Stadium Prince, Phnom Penh, Kemboja sebentar tadi.
Malaysia tumpas kepada Laos 1-2 dalam Kejohanan Bawah 23 AFF di Stadium Prince, Phnom Penh, Kemboja sebentar tadi.

Bola sepak B-23 : Malaysia dikejutkan Laos

KUALA LUMPUR, 18 Feb : Kem bola sepak negara menerima tamparan besar apabila skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan tewas 1-2 kepada Laos pada aksi pertama Kumpulan B Kejohanan B-23 Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022, di Stadium Prince, Kemboja hari ini.

Keputusan luar jangka itu menyaksikan skuad bimbingan Brad Maloney menempah laluan sukar untuk mara ke separuh akhir kejohanan berkenaan.

Malaysia yang menampilkan persembahan goyah dalam perlawanan sulung kumpulan B itu perlu menyalahkan diri sendiri apabila gagal menyempurnakan deretan peluang terhidang hingga membenarkan Laos bangkit pada babak kedua selepas ketinggalan 1-0 pada separuh masa pertama untuk mengutip tiga mata berharga hari ini.

Skuad negara memberi amaran awal apabila sepakan lencong penyerang Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar pada minit keempat hanya singgah di tiang kiri gol Laos sebelum penjaga gol Laos, Keo Oudone Souvannasangso, menangkap kemas percubaan lemah dari luar kotak penalti oleh pemain pertahanan Ahmad Tasnim Fitri Mohd Nasir pada minit ke-18.

Muhammad Nur Azfar sekali lagi berpeluang menjaringkan gol namun tandukannya hanya melambung tinggi pada minit ke-38 sebelum pemain tengah, A. Selvan memecah kebuntuan apabila bijak memusingkan badan sebelum melepaskan rembatan dari jarak dekat pada penghujung separuh masa pertama, hasil daripada sepakan penjuru untuk meletakkan Malaysia di depan 1-0, menuju ke bilik persalinan.

Malaysia yang bermula baik sejurus babak kedua bersambung hampir menggandakan jaringan namun tandukan Selvan pada minit ke-51 sedikit tersasar di sebelah kiri gol Laos.

Bagaimanapun, kelekaan barisan pertahanan tengah negara yang gagal mengekang gerakan licik Bounphachan Bounkong membawa padah apabila ketua pasukan Laos itu bijak melepaskan sepakan leret  untuk menyamakan kedudukan 1-1, pada minit ke-55.

Bounpachan sekali lagi menjadi duri dalam daging buat pasukan kebangsaan apabila sepakan percumanya dari sebelah kiri padang kali ini tepat menemui pemain pertahanan Phetdavanh Sangvilay untuk menanduk masuk gol kedua pasukan bimbingan Hans Michael Weiss pada minit ke-78 dan kedudukan itu kekal sehingga wisel penamat.

Malaysia tiada pilihan apabila perlu menang pada aksi kedua kumpulan Isnin ini (21 Feb) untuk mencerahkan peluang ke peringkat separuh akhir.

Saingan dalam kumpulan B hanya membabitkan Malaysia dan Laos selepas Myanmar dan Indonesia menarik diri daripada kejohanan susulan penularan COVID-19 dalam pasukan.

Hanya pemenang tiga kumpulan dan satu naib juara terbaik akan mara ke separuh akhir pada 24 Feb manakala perlawanan akhir dijadualkan pada 26 Feb.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan