Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wanita Sibu ditemui mati di sebuah bilik hotel di Skudai, Johor pada Rabu lepas.
Wanita Sibu ditemui mati di sebuah bilik hotel di Skudai, Johor pada Rabu lepas.

Adik wanita ditemui mati di hotel di Johor mahu siasatan terperinci

SIBU, 18 Feb : Adik kepada seorang wanita kelahiran Sarawak yang ditemui mati di Skudai, Johor, kelmarin mahu pihak polis menjalankan siasatan menyeluruh bagi merungkai punca sebenar kematian kakaknya.

Pelubau Chie, 20, berkata, kakaknya, Salvina Chie, 33, (gambar) yang bekerja sebagai pelayan ditemui mati di bilik sebuah hotel sekitar pukul 2 petang pada hari kejadian.

“Sekiranya kes berkenaan mempunyai unsur jenayah, saya berharap pihak berkuasa dapat membawa individu bertanggungjawab ke muka pengadilan,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Pelubau berkata , dia tiba di Johor pada 15 Febuari lalu untuk mencari pekerjaan dan tidak menyangka akan menerima berita mengejutkan itu.

“Setibanya di sana, polis meminta saya pergi ke Hospital Sultanah Aminah untuk membuat pengecaman mayat seorang wanita.

Saya tiba di hospital kira-kira jam 3.55 petang dan mengesahkan bahawa mayat wanita itu adalah kakak kandung saya,” jelasnya.

Pelubau berkata, pihak hospital memaklumkan kepadanya bahawa Salvina meninggal dunia disebabkan tidak dapat bernafas.

“Saya kini mengumpul barang-barang milik kakak saya di biliknya untuk dibawa pulang ke kampung kami.

Upacara pengembumian akan berlangsung esok di Bintangor,” katanya.

Menurutnya, kali terakhir dia bertemu kakaknya ialah ketika wanita itu pulang bercuti ke Sibu pada 18 hingga 25 Januari lalu.-TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found