Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fazzrudin Abdul Rahman berikrar untuk membantu menyampaikan dasar kerajaan negeri susulan perlantikan beliau sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri hari ini.
Fazzrudin Abdul Rahman berikrar untuk membantu menyampaikan dasar kerajaan negeri susulan perlantikan beliau sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri hari ini.

Fazzrudin ikrar bantu sebar dasar kerajaan negeri

KUCHING, 18 Februari : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman yang merupakan antara lima muka baharu dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri berikrar akan membantu dalam menyebarkan dasar dan pendekatan kerjaan negeri kepada orang ramai.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kerana memberikan kepercayaan kepada beliau untuk memegang jawatan penting itu, Fazzrudin berkata, ia akan membantunya memberi khidmat kepada rakyat di kawasannya dan seluruh rakyat negeri ini.

” Sepanjang lima tahun lepas sejak Abang Johari mengambil alih pentadbiran, beliau telah memperkenalkan lebih 100 inisiatif yang telah memberi manfaat kepada rakyat.

” Sehubungan itu sangat penting supaya dasar dan pendekatan baik yang diperkenalkan oleh beliau disokong oleh rakyat termasuk pemimpin politik dan peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau berkenaan demikian menerusi kenyataan media selepas mengangkat sumpah jawatan berkenaan di hadapan Ketua Menteri di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Menteri I , Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Ketua Menteri III ,Dato Sri Dr. Sim Kui Hian dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar.

Selain Fazzrudin, empat muka baharu lain ialah Niponi Udek dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Susan Clement Ingun atas tiket Parti Rakyat Sarawak (PRS), Damen Rejek dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Datuk Balang Rining @ Nelson dari Parti Demokratik Progresif (PDP) .

Sementara 11 lagi yang mengekalkan jawatan masing – masing ialah Kenil Jaraiie, Victor Angang, Romeo Christopher Tegong, Abdul Samat Kethergany, Jenny Bangga, Faridah Osman, Dayang Nurfizawati Abang Abdul Karim, Datuk Seri Doris Sophia Brodie, Charles Chad Nissom, Tan Kai dan Teng Ung Woo.

Sembilan yang mengangkat sumpah itu terdiri daripada wakil PBB serta masing – masing tiga dari PRS dan SUPP serta satu dari PDP. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan