Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

ADUN pembangkang sambut baik kesediaan Ketua Menteri Sarawak bincang isu hutan lindung

KUCHING, 18 FebĀ : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’ Kelalan , Baru Bian menyambut baik kesediaan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang secara berterusan melibatkan diri dengan masyarakat tempatan yang bakal terjejas dengan cadangan pengisytiharan sebuah kawasan luas di daerah Lawas, sebagai hutan yang dilindungi.

Beliau berkata komitmen pemimpin itu dizahirkan semasa kunjungan hormatnya ke atas Ketua Menteri hari ini dan beliau telah menyerahkan petisyen yang ditandatangani oleh lebih 1,000 anggota masyarakat Lun Bawang di daerah paling utara Sarawak yang membantah cadangan kawasan hutan di Lawas sebagai Hutan Lindung Ulu Trusan (UTPF).

ā€œKetua Menteri menerima petisyen itu dan menggambarkan bahawa kerajaan bersedia untuk berunding dengan rakyat untuk menentukan kawasan yang terlibat dan dipelihara serta hak yang patut diberikan,ā€ katanya dalam satu kenyataan.

Baru, yang merupakan Ahli Majlis Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB), sebuah parti pembangkang di negeri itu berkata beliau bersedia untuk menyelaraskan dialog dan perundingan antara kerajaan dan rakyat di kawasannya berhubung perkara itu.

ā€œKeterlibatan dengan pemilik tanah ini sepatutnya telah dilakukan sebelum cadangan dibuat, tetapi masih belum terlambat untuk berbuat demikian sekarang dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri atas keterbukaan beliau dalam perkara ini,ā€ katanya.

Baru berkata sesi kunjungan hormat itu turut dihadiri Setiausaha Tetap Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak Datuk Zaidi Mahdi, Pengarah Jabatan Hutan Sarawak Datuk Hamden Mohammad dan Presiden Persatuan Lun Bawang Sarawak Robin Lusong.

Beliau juga mengemukakan permintaan kepada Ketua Menteri agar kerajaan memanjangkan pembinaan projek jalan Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) sehingga ke Kampung Pa Berunut di kawasannya yang dilhat akan menambah baik kesalinghubungan penduduk di kawasan itu.

ā€œSaya berterima kasih kepada Ketua Menteri yang amat menerima permintaan saya dan saya berharap SSLR akan dibina mengikut jajaran sebagaiman yang dirancang oleh Kementerian Kerja Raya,ā€ katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan