Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
16 Setiausaha Politik Ketua Menteri angkat sumpah.
16 Setiausaha Politik Ketua Menteri angkat sumpah.

16 Setiausaha Politik Ketua Menteri angkat sumpah

ByConnie Grace

KUCHING, 18 Feb : Seramai 16 orang Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri mengangkat sumpah jawatan berkenaan di hadapan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sembilan yang mengangkat sumpah itu terdiri daripada wakil Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) serta masing – masing tiga dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Seorang wakil dari Parti Demokratik Progresif (PDP) turut berbuat demikian pada majlis yang berlangsung di Wisma Bapa Malaysia, di sini hari ini.

Upacara diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzruddin Abdul Rahman yang merupakan antara muka baharu yang dilantik itu selain Niponi Udek, Susan Clement Ingun, Damen Rejek dan Datuk Balang Rining @ Nelson.

Seramai 11 lagi individu yang mengekalkan jawatan itu terdiri daripada Kenil Jaraiie, Victor Angang, Romeo Christopher Tegong, Abdul Samat Kethergany, Jenny Bangga, Faridah Osman, Dayang Nurfizawati Abang Abdul Karim, Datuk Seri Doris Sophia Brodie, Charles Chad Nissom, Tan Kai dan Teng Ung Woo.

Pelantikan kesemua Setiausaha Politik dalam kalangan ahli komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu berkuat kuasa bermula 15 Feb lepas untuk tempoh dua tahun. 

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Menteri I Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Ketua Menteri III Dato Sri Dr. Sim Kui Hian dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan