Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
13 women and girls die after falling down well during marriage celebrations. Photo: NDTV

13 maut jatuh ke dalam perigi semasa majlis perkahwinan di India

ByNurul Amarlina

KUSHINAGAR, 18 Feb : Sebuah majlis perkahwinan di utara India bertukar menjadi tragedi apabila tujuh orang wanita dan enam kanak-kanak perempuan maut selepas terjatuh ke dalam perigi, lapor NDTV.

Salah seorang mangsa membabitkan kanak-kanak perempuan yang berusia setahun.

Menurut pegawai kanan polis Akhil Kumar, kesemua mangsa sedang duduk di atas kepingan besi yang menutup sebuah perigi sedalam 15 meter dan secara tiba -tiba ‘lantai’ itu ranap dalam kejadian di sebuah kampung di Kushinagar, Uttar Pradesh.

Akhbar United Kingdom The Guardian pula memetik majistret daerah , S. Rajalingam yang berkata perigi itu sudah usang dan tidak mampu memikul berat sekumpulan individu yang duduk di atas penutup.

“Mangsa terjatuh dan ditimpa oleh serpihan besi,” katanya semalam.

Perdana Menteri India Narendra Modi turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan menyifatkan kejadian itu sebagai kemalangan yang menyayat hati.

Dua lagi mangsa dilaporkan cedera parah dan menerima rawatan di hospital berhampiran. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan