Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Towers of the historical building railway station in Kuala Lumpur at sunrise.

COVID-19 : 26,701 kes baharu semalam – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 18 Feb : Kes baharu COVID-19 yang dicatatkan semalam adalah 26,701 menjadikan jumlah kumulatif setakat ini 3,138,215 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, sebanyak 26,583 orang atau 99.56 peratus berada dalam kategori satu dan dua manakala 118 kes atau 0.44 peratus kategori tiga, empat dan lima.

“Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 26,569 adalah kes tempatan manakala 132 lagi kes import,” katanya dalam kenyataan perkembangan COVID-19, hari ini.

Sebanyak 11,744 kes sembuh direkodkan menjadikan kumulatif kini 2,888,194, selain kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 216 orang dengan 141 memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham berkata 19 kluster baharu dikenal pasti dan jumlah kluster yang masih aktif adalah 481.

Beliau berkata kadar kebolehjangkitan (Rt) dalam negara adalah 1.32 dengan Labuan mencatat nilai tertinggi iaitu 1.96 diikuti Sarawak 1.56 dan Sabah 1.51.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan