Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki melakukan aksi menunggang motosikal secara berbahaya bersama anak perempuannya ditahan polis di Johor Bahru semalam.
Seorang lelaki melakukan aksi menunggang motosikal secara berbahaya bersama anak perempuannya ditahan polis di Johor Bahru semalam.

Kemaruk ‘viral’, bapa lakukan wheely bersama anak perempuan ditahan polis

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 18 Feb : Gara – gara mahu tular, seorang bapa seolah – olah hilang kewarasan apabila sanggup melakukan aksi berbahaya ‘wheely’ atau mengangkat tayar hadapan ketika menunggang motosikal bersama anak perempuannya.

Aksi itu kemudian dimuat naik pula ke media sosialnya yang seterusnya mencetuskan pelbagai reaksi warganet.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, pihaknya menerima video berdurasi 36 saat itu petang semalam dan berjaya menahan lelaki itu.

Katanya, berdasarkan siasatan, kejadian itu berlaku di Taman Impian Emas, Skudai.

Seorang lelaki ditahan polis selepas melakukan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal bersama anak perempuannya.

“Aksi berkenaan dirakam sendiri oleh suspek menggunakan telefon bimbitnya melalui pertolongan rakannya sebelum dimuat naik di Facebook pada 15 Februari lalu,”katanya menerusi kenyataan media semalam.

Rupiah berkata, polis telah mengeluarkan tiga saman terhadap lelaki itu membabitkan kesalahan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, cukai jalan tamat tempoh dan tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal.

Katanya, lelaki itu turut ditahan untuk membantu siasatan manakalan barang kes turut dirampas dan kes disiasat mengikut Seksyen 42, Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan