Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Weststar Aviation
Weststar Aviation

Kerjasama latih bakat Sarawak mahir kendali helikopter luar persisir

ByConnie Grace

KUCHING, 17 Feb : Weststar Aviation Services Sdn. Bhd. (WASSB) dan Hornbill Skyways memeterai kerjasama untuk mempersiapkan tenaga kerja mahir bidang penerbangan helikopter luar persisir di Sarawak.

Pengarah Urusan Kumpulan The Weststar Group, Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim berkata, usaha sama berkenaan dijangka akan melonjakkan lagi bidang penerbangan di negeri ini.

“Perkhidmatan helikopter di luar pesisir adalah sangat berbahaya, jadi mereka mesti dilatih dengan baik.

Weststar bersetuju untuk melatih mereka dan selepas lima tahun kita akan menyerahkan sepenuhnya kepada Kerajaan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan kunjung hormat kepada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Syed Azman berkata, kerjasama berkenaan juga meliputi aspek penyelenggaraan helikopter yang akan berpengkalan di Kuching.

“Tujuannya ialah kerana kita mahu melatih bakat – bakat yang ada di Sarawak untuk mengambil alih industri ini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan