Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Ibrahim Baki dilantik Ketua Whip DUN GPS

KUCHING, 17 Feb : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) , Satok Datuk Ibrahim Baki dilantik sebagai Ketua Whip Dewan Undangan Negeri (DUN) Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Pelantikan beliau diumumkan oleh Ketua Menteri yang juga Pengerusi GPS , Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada majlis makan malam bersama wakil rakyat GPS semalam.

Ibrahim berkata, pelantikannya untuk jawatan baharu itu membolehkan beliau menyemai rasa kepatuhan dan kesopanan di DUN serta memastikan dewan yang mulia itu terus dilihat sebagai benteng untuk menegak serta melindungi hak Sarawak.

“Kami akan terus berusaha mendapatkan lebih banyak pemulihan hak Sarawak seperti dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1962 di bawah Perlembagaan Persekutuan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak, Disember lepas, Ibrahim yang kali pertama turun bertanding di kerusi itu berjaya mengekalkan kemenangan GPS di kerusi berkenaan dengan majoriti 6,033 selepas menewaskan wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan