Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Angka kematian akibat tanah runtuh di Brazil kini mencecah 94

Gambar kredit Al Jazeera

SAO PAULO, 17 Feb : Angka kematian akibat tanah runtuh dan banjir di bandar Petropolis, Brazil meningkat kepada 94 orang termasuk enam kanak-kanak, lapor BBC.

Gabenor Rio de Janeiro, Claudio Castro berkata, tragedi itu merupakan kejadian paling buruk sejak 1932 apabila kadar taburan hujan yang direkodkan mencecah 240 millimeter dalam tempoh masa lebih dua jam.

Hujan lebat pada Selasa melanda kawasan pergunungan, kira-kira 68 kilometer (km) dari utara bandar Rio de Janeiro yang mencetuskan lebih 50 kejadian tanah runtuh.

Dalam tempoh enam jam, Petropolis menerima lebih banyak curahan hujan daripada jangkaan sepanjang Februari, mendorong pihak berkuasa mengeluarkan perintah bencana awam.

Setiausaha Pertahanan Awam bandar, Gil Kempers berkata, seramai 21 orang mangsa berjaya diselamatkan setakat ini namun jumlah yang masih hilang belum dapat disahkan.

Sementara itu, perkembangan semasa di kawasan bencana menyaksikan lori bantuan mula menghantar bekalan untuk kegunaan 500 mangsa.

Pihak berkuasa turut mengeluarkan amaran banjir besar dijangka melanda kawasan berkenaan pada hari ini dan esok berikutan musim hujan di wilayah tenggara Brazil berterusan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan