Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

‘Teksi terbang’ AirAsia dari KLIA ke KL Sentral, 11 minit sahaja

KUCHING, 17 Feb : Capital A Berhad terus mengorak langkah apabila muncul sebagai syarikat penerbangan pertama di Asia Tenggara yang menyediakan perkhidmatan ‘teksi terbang’ atau ride hailing.

Menerusi perkongsian oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tony Fernandes, perkhidmatan itu dijangka bermula pada 2025.

“Selamat dan harga yang sangat berpatutan.

“Sebagai contoh, perjalanan dari KL Sentral ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) memakan masa kurang 15 minit dengan tambang sekitar RM240 bagi perjalanan empat penumpang,” katanya.

Syarikat berkenaan dijangka akan menggunakan pesawat ‘electric vertical take-off and landing’ (eVTOL) bagi perkhidmatan berkenaan.

Tony Fernandes memberitahu, Capital A Berhad juga telah menandatangani kerjasama bersama Avolon untuk menyewa sekurang-kurangnya 100 unit pesawat elektrik kecil jenis VX4 eVTOL. -TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan