Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira 3.30 petang dan siasatan awal mendapati mangsa berusia 35 tahun itu merupakan seorang pegawai polis yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.
Polis menahan dua lelaki warga asing selepas dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan serta menyamar sebagai penjawat awam di Jalan Dinar, Taman Subang Perdana, Kampung Baru Subang, Selangor semalam. Foto fail Bernama

Pemilik kedai emas disamun lima lelaki bersenjatakan parang

SEREMBAN, 17 Feb: Seorang pemilik kedai emas berdepan detik cemas apabila disamun lima lelaki bersenjatakan parang ketika berhenti untuk mengisi minyak kereta di sebuah stesen minyak di Lukut, Port Dickson, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata dalam kejadian kira-kira 10.15 pagi itu, lelaki berusia 50 tahun berkenaan yang menaiki Toyota Camry diserang lima lelaki yang menaiki sebuah kereta jenis Mitsubishi ASX dan Honda CRV.

“Kereta mangsa telah dihalang dari arah hadapan dan belakang. Suspek kemudiannya terus mengambil tiga beg berisi barang kemas, sebuah telefon bimbit, wang tunai dan dokumen peribadi milik mangsa sebelum melarikan diri.

“Mangsa bertindak mengejar kenderaan suspek dan menghimpit Honda CRV dinaiki dua suspek hingga menyebabkan Honda CRV tersebut hilang kawalan lalu terbalik di bahu jalan di Lukut,” katanya dalam satu kenyataan.

Aidi Sham berkata mangsa yang cedera ringan di tangan akibat diacu parang oleh suspek kemudian berpatah balik ke arah Honda CRV itu namun kedua-dua suspek yang dipercayai turut cedera itu sempat melarikan diri menaiki sebuah kereta Perodua Myvi disyaki dipandu rakan subahat mereka.

“Tiga lagi lelaki yang berada dalam kereta Mitsubishi ASX pula telah berjaya melarikan diri terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata hasil siasatan ke atas Honda CRV itu menemukan dua beg barangan kemas yang dilarikan selain dua parang dan satu walkie-talkie yang dipercayai digunakan suspek untuk menyamun mangsa.

Katanya, siasatan turut mendapati Honda CRV itu merupakan kenderaan yang dilaporkan hilang dan disamun pada 25 Nov lepas di Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Tags: #bm, kes samun

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan