Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
metmalaysia logo

MetMalaysia uji siren Sistem Amaran Awal Tsunami di Labuan esok

ByNurul Amarlina

KUCHING, 16 Feb: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di dua lokasi di Wilayah Persekutuan Labuan esok.

Menurut kenyataan MetMalaysia, dua lokasi tersebut adalah Masjid Al-Muttakin di Kampung Kerupang pada jam 9.20 pagi hingga 10.30 pagi dan Masjid Al-Muzakirullah di Kampung Lubuk Temiang pada jam 11.20 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Sehubungan itu, MetMalaysia menasihatkan penduduk di kawasan sekitar agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan ujian sahaja.

“METMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan,” katanya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan