Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Penggunaan terma Ketua Menteri kepada ‘Premier’ hanya setelah diwartakan

ByAkma Salleh

KUCHING, 16 Feb: Penggunaan rasmi terma Ketua Menteri kepada ‘Premier’ hanya boleh digunakan setelah ia diwartakan.

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, pewartaan terma tersebut akan dimaklumkan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

“Kalau ikut dari segi guaman kita sepatutnya menunggu ia diwartakan kerana apa yang telah dipersetujui dan dirumuskan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu dewan yang paling tinggi untuk membuat Rang Undang- Undang (RUU).

“Tetapi, ia ada proses seterusnya di mana ia perlu dibawa kepada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud untuk diwartakan dan selepas itu baru ia boleh digunapakai,” katanya pada satu sidang media di DUN Sarawak hari ini.

Katanya lagi, kerajaan juga akan menetapkan satu tarikh untuk membolehkan penggunaan istilah berkenaan. – TVS

Tags: #bm, premier

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan