Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
DUN Sarawak
DUN Sarawak

RUU pinda Perlembagaan Negeri lulus

ByOdleen Catherny

KUCHING, 15 Feb: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 untuk meminda Perlembagaan Negeri bagi menukar gelaran jawatan Ketua Menteri kepada ‘Premier’ dengan majoriti dua pertiga.

RUU berkenaan yang dibentangkan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah juga melibatkan pindaan istilah ‘Menteri Muda’ dalam Perlembagaan Sarawak kepada ‘Timbalan Menteri’.

Menurut Speaker DUN Tan Sri Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, RUU berkenaan telah mendapat undi 67 menyokong, sementara enam lagi membantah.

Sebelum diluluskan, RUU berkenaan dibahaskan seramai 16 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Terdahulu, Abdul Karim di dalam pembentangannya berkata, cadangan pindaan untuk menukar jawatan Ketua Menteri kepada ‘Premier’ adalah untuk menggambarkan status istimewa Sarawak yang berbeza dengan negeri-negeri lain dalam Malaysia.

“Pindaan Perlembagaan Persekutuan baru-baru ini mengembalikan apa yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963, iaitu apabila Sarawak bersetuju untuk menjadi sebahagian dalam pembentukan Malaysia, status Sarawak adalah dikekalkan sebagai satu daripada tiga wilayah (Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak) yang membentuk Persekutuan Malaysia.

“Ini meletakkan Sarawak sebagai salah satu daripada tiga wilayah dan dianggap tidak mempunyai status yang sama dengan negeri-negeri lain dalam Persekutuan Tanah Melayu,” ujarnya. – TVS

Tags: RUU

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan