Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Eksport getah dan produk getah dijangka meningkat kepada RM140 bilion tahun ini berbanding RM71 bilion yang dicatatkan semasa 2021 dan RM49.2 bilion pada 2020, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin.

Eksport getah dan produk getah Malaysia dijangka berkembang kepada RM140 bilion tahun ini – Zuraida

ByBernama

PETALING JAYA, 14 Feb : Eksport getah dan produk getah dijangka meningkat kepada RM140 bilion tahun ini berbanding RM71 bilion yang dicatatkan semasa 2021 dan RM49.2 bilion pada 2020, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin.

Menurutnya, industri getah telah menyaksikan prestasi yang menggalakkan yang dipacu daripada industri tayar dengan eksport tayar melonjak 30.5 peratus kepada RM1.7 bilion pada tahun lepas berbanding dengan RM1.3 bilion pada 2020.

“Sumbangan eksport barangan bernilai tinggi Malaysia dan penambahbaikan dalam prestasi eksport produk getah kering serta rangsangan dalam penggunaan getah yang dihasilkan secara tempatan telah memacu pengukuhan prestasi eksport,” katanya kepada pemberita selepas Ekspo dan Konvensyen Industri Getah Antarabangsa Malaysia (Irice 2022) di sini hari ini.

Sementara itu, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi akan mencadangkan penyelesaian strategik bagi membantu negara menepis dakwaan mengenai buruh dalam industri getah, katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan