SAMARAHAN, 14 Feb : Seramai 3,587 graduan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan menerima ijazah masing – masing sempena upacara konvokesyen ke-25 berlangsung secara fizikal yang bermula hari ini.
Pengisytiharaan majlis konvokesyen disempurnakan oleh Canselor UNIMAS, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
UNIMAS mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) sempena pada majlis konvokesyennya bagi mengekang penularan COVID-19.
Pada sidang pertama hari ini, seramai 424 graduan menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD)Â dan sarjana masing – masing , yang mana 66 daripadanya merupakan graduan antarabangsa dari 25 buah negara.
Sementara itu, bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda pula , seramai 3,163 graduan dari Fakulti Ekonomi, Fakulti Alam Bina, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dan Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif akan turut menerima ijazah masing – masing.
Selain itu, pada majlis hari ini juga turut berlangsung penyampaian anugerah-anugerah akademik seperti Anugerah Pelajaran Diraja, Anugerah Canselor, Anugerah Pro Canselor dan anugerah kepada graduan yang menunjukkan kecemerlangan akademik dan ko-kurikulum sepanjang pengajian di UNIMAS. -TVS