KUCHING, 14 Feb : Upacara angkat sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak, Mesyuarat Pertama bagi Penggal Pertama hari ini bermula pada sekitar jam 9 pagi tadi didahului oleh Ketua Menteri , yang juga ADUN Gedong, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Upacara diteruskan dengan tiga Timbalan Ketua Menteri, iaitu ADUN Bukit Saban , Datuk Amar Douglas Uggah Embas, ADUN Bukit Sari, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan ADUN Batu Kawah, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian yang berbuat demikian di hadapan Speaker DUN, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.
Seramai 82 wakil rakyat yang dipilih pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak pada Disember lepas dijangka akan berbuat demikian.
Pecahan wakil rakyat terdiri daripada 76 ADUN Gabungan Parti Sarawak (GPS), empat dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan dua ADUN DAP. -TVS