Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Motosikal terbabas, pembonceng maut

MUKAH, 14 Feb : Pembonceng maut manakala penunggang motosikal parah di bahagian kepala apabila motosikal yang ditunggangi mereka hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan dan melanggar tiang tanda amaran pada malam Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superitenden Muhamad Rizal Alias dua lelaki tempatan terbabit dari arah Rumah Tangkun, Jalan Lubuk Bukut menuju ke arah jalan utama Mukah- Selangau.

“Setibanya di hadapan simpang Balingian Power Generation motosikal berkenaan telah hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan dan melanggar tiang tanda amaran sekitar jam 7.10 malam,

“Akibat dari itu pembonceng motorsikal Michale Duan @ Endih Kudit, 63, mengalami cedera parah di bahagian kepala dan disahkan maut di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Manakala penunggang mengalami kecederaan parah di kepala telah dibawa ke Klinik Selangau, seterusnya dirujuk ke Hospital Sibu untuk menerima rawatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan