Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pandemik Covid-19 tidak halang usahawan kraftangan Lubok Antu peroleh keuntungan RM169,000

ByMadeline Dugat

KUCHING, 14 Feb: Seramai 17 orang usahawan kraf dan 24 orang tenaga kerja di Lubok Antu telah berjaya dibantu kerajaan dari sudut promosi dan jualan.

Menteri Pelancongan, Kesenian Dan Kebudayaan , Dato Sri Nancy Shukri berkata, sehingga 30 September 2021 nilai jualan kraf di kawasan ini melebihi RM169,000.

Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata, segmen ekopelancongan telah menjadi salah satu fokus utama MOTAC bagi memastikan kelestarian produk ekopelancongan kekal mampan.

“Menyentuh kawasan Lubok Antu, sebenarnya MOTAC ada koridor-koridor pelancongan ini ataupun dipanggil ‘tourism belt’ ditentukan di setiap negara dan salah satunya di kawasan Lubok Antu ini menerusi Pelan Ekopelancongan Kebangsaan 2020-2030”

Katanya, MOTAC telah mengenalpasti kluster ekopelancongan Sri-Aman-Batang Ai-Ulu Sungai Menyang-Meludam di kawasan Lubok Antu.

Antara nya, Taman Negara Batang Ai, Wong Merah Lubok Antu, Lubok Kasai Nanga Sumpa, Enseluai Waterfall dan Red Ape Trail yang berpotensi dibangunkan secara holisik dan memanfaatkan kesejahteraan komuniti setempat sekaligus menjana ekonomi.

Bagi tujuan tersebut, pelbagai program pembangunan kapasiti kepada penggiat pelancongan dan komuniti setempat terutamanya yang melibatkan perkampungan rumah panjang.

“Kita amat bertuah sekali kita masih ada lagi rumah panjang di Sarawak ini, program untuk komuniti kita ada mempromosikan produk kraf kepada pelancong antaranya Program Reka Bentuk dan Pembangunan Kraf.

“Daripada aspek promosi inisiatif dilaksanakan oleh Tourism Malaysia bagi mempromosikan produk pelancongan yang unik di kawasan luar bandar seperti di Lubok Antu melalui program usahasama dengan pengusaha-pengusaha pelancongan antarabangsa,” katanya.

Walaubagaimanapun jelasnya pembangunan kluster eko-pelancongan yang dikenalpasti dan dicadangkan oleh MOTAC tersebut memerlukan persefahaman dan kerjasama dengan kerajaan negeri kerana setiap perancangan pembangunan yang dicadangkan oleh Kerajaan Persekutuan berhubung kluster eko-pelancongan memerlukan persetujuan oleh Kerajaan Negeri.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan