Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perancis pada Jumaat mengumumkan ia menarik balik keperluan ujian coronavirus untuk pengembara yang sudah divaksin, lapor Agensi Anadolu.
Perancis pada Jumaat mengumumkan ia menarik balik keperluan ujian coronavirus untuk pengembara yang sudah divaksin, lapor Agensi Anadolu.

Perancis tamatkan keperluan ujian COVID-19 untuk pengembara sudah divaksin

ByBernama

Kredit gambar Agensi Anadolu

ANKARA, 12 Feb : Perancis pada Jumaat mengumumkan ia menarik balik keperluan ujian coronavirus untuk pengembara yang sudah divaksin, lapor Agensi Anadolu.

Bukti vaksinasi adalah mencukupi untuk ketibaan ke Perancis seperti yang dilaksanakan sebelum penularan varian Omicron, kata kerajaan dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu menyebut, bagi pengembara yang tidak divaksin, keperluan mengemukakan ujian negatif untuk perjalanan ke Perancis masih kekal tetapi langkah-langkah semasa ketibaan, termasuk ujian dan kuarantin, ditamatkan untuk penumpang dari negara dalam senarai “hijau”, iaitu negara dengan penularan sederhana virus.

Sementara bagi pengembara tidak divaksin yang datang dari negara dalam senarai “oren”, mereka perlu mengemukakan alasan yang kukuh keperluan untuk datang ke Perancis dan masih tertakluk kepada ujian rawak semasa ketibaan, tambah kenyataan itu.

Kerajaan pada awal Jumaat mengumumkan mereka yang mempunyai bukti vaksinasi yang sah tidak lagi perlu memakai pelitup muka di ruangan tertutup, kecuali di dalam kereta api dan pesawat mulai 28 Feb. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan