Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Enam kes positif COVID-19 berkaitan varian Arcturus dikesan di Sarawak, dedah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) UNIMAS.

Kes baharu COVID-19 Sarawak turun bawah 200

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 12 Feb : Situasi jangkitan COVID-19 di Sarawak bagi tempoh 24 jam lepas sedikit pulih apabila jumlah jangkitan kes baharu yang dicatatkan berkurangan kepada 186 individu berbanding 226 hari sebelumnya.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak , ini menjadikan kes kumulatif keseluruhan di negeri meningkat kepada 254 026 kes.

“ Sebanyak 183 pesakit baharu dikesan tidak mengalami gejala serius apabila diletakkan pada kategori klinikal satu dan dua manakala tiga pesakit berada pada tahap tiga , empat dan lima iaitu mengalami jangkitan paru – paru,” jelas JPBN.

Sementara itu, Daerah Kuching masih merekodkan jangkitan tertinggi melibatkan 69 pesakit , diikuti Miri dengan 42 orang pesakit baharu.

“ Seramai 33 orang turut dijangkiti COVID-19 di Sibu manakala 23 daerah lain tidak merekodkan sebarang kes,”jelas JPBN.

Selain itu, Sarawak juga tidak merekodkan sebarang kematian serta kluster baharu dengan hanya terdapat satu kluster aktif ketika ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan