Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
RM4 bilion, Datuk Julaihi Narawi
RM4 bilion, Datuk Julaihi Narawi

RM4 bilion selesai isu bekalan air dan projek sakit – Julaihi

KUCHING, 12 Feb : Kerajaan Sarawak akan menyalurkan peruntukan berjumlah RM4 bilion bagi tujuan pembangunan projek bekalan air serta menyelesaikan masalah ‘projek sakit’.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi berkata, setakat ini sebanyak 64 projek sakit telah dikenalpasti dan akan dimasukkan ke dalam projek rakyat.

“Kebanyakan daripada projek ini dijangka siap menjelang tahun ini dan menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk memastikan semua projek bekalan air ini berjaya disiapkan seperti dirancang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi serta Sambutan Tahun Baru Cina 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, Julaihi berkata, projek -projek dilaksanakan untuk mengatasi isu di kawasan-kawasan yang berdepan tekanan air rendah sekali gus mengurangkan rungutan daripada rakyat.

Sementara itu, beliau memberitahu, sehingga tahun lepas, liputan bekalan air bersih di seluruh negeri mencapai kadar 83.4 peratus.

” Di kawasan bandar, liputan bekalan air sudah mencapai 99 peratus namun bagi kawasan luar bandar hanya 66.5 peratus.

Bagaimanapun, kementerian menyasarkan untuk mencapai liputan bekalan air 100 peratus menjelang 2025,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan