Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Welson Sim, perenang Olimpik keluar pasukan kebangsaan

KUCHING, 12 Feb : Perenang Olimpik kelahiran Sarawak Welson Sim Wee Sheng membuat keputusan mengejutkan apabila meletakkan jawatan dari Persatuan Renang Malaysia (MS) dan pasukan kebangsaan.

Pemenang pingat emas Sukan SEA tiga kali dan Olimpik dua kali, Welson Sim telah meletak jawatannya kepada Persatuan Renang Malaysia dan Majlis Sukan Negara pada 7 Februari lalu.

Menurut President Persatuan Renang Amatur Sarawak (ASAS) Dato Wee Hong Seng, peletakan jawatan Welson Sim memberi kejutan kepada pasukan kebangsaan dan arean renang negara.

“Setakat ini, ASAS tiada sebarang maklumat lanjut berhubung tujuan peletakan jawatan Welson Sim” katanya lagi sambil menambah bahawa mereka tidak dapat menghubungi perenang itu untuk bertanya mengenai situasi tersebut.

“Bagaimanapun, kami telah menerima pengesahan daripada Setiausaha Persatuan Renang Malaysia, Mae Chen, dan dia telahpun mengesahkan peletakan jawatan Welson Sim.”

Kata Dato Wee Hong Seng lagi, “walau apapun tujuan Welson Sim meletakkan jawatan dari pasukan kebangsaan, ASAS akan sedia untuk membantu dengan sepenuh hati”. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan