Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan pihak pembelaan bagi mencabar kredibiliti seorang saksi utama pendakwaan. Foto: BERNAMA

MUDA akan calonkan ramai wanita – Syed Saddiq

ByBernama

KUALA LUMPUR, 11 Feb : Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) akan mencalonkan ramai wanita serta individu yang mewakili berbilang bangsa dan agama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini, kata Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Apabila MUDA ingin menjadikan parti (sebagai) masa hadapan negara, ia tidak cukup sekadar mencalonkan rakyat yang berbilang bangsa dan agama tetapi juga memastikan perwakilan wanita yang agak besar,” katanya pada sidang media selepas melancarkan parti itu secara rasmi di sini malam ini.

Menyentuh nama calon dan kawasan yang ditandingi, beliau berkata perkara itu masih dibincang di peringkat MUDA dan akan memaklumkan kepada media seawal minggu depan.

“Perkara itu (sama ada beliau bertanding) akan dibincangkan dalam MUDA, tetapi saya ingin memastikan bahawa orang melihat ramai lagi pemimpin lain dalam MUDA yang wajar diberikan perhatian secukupnya kerana mereka ini jauh lebih baik daripada saya… kita akan maklumkan (calon) satu per satu,” katanya.

Mengenai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa yang akan ditandingi MUDA, Syed Saddiq berkata partinya akan mempertahan kawasan itu sepertimana yang telah dipersetujui.

Baru-Baru ini, Ketua Wanita PKR Johor Napsiah Khamis dalam hantaran di laman Facebook berkata beliau berlapang dada menyerahkan kerusi itu kepada Amanah dan tindakan parti tersebut melepaskannya kepada MUDA merupakan suatu pengkhianatan kepercayaan yang diberikan oleh akar umbi.

Semalam, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Syed Saddiq dalam kenyataan bersama memaklumkan MUDA akan bertanding di kerusi DUN Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa serta Bukit Permai.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Mac sebagai tarikh pengundian bagi PRN Johor manakala tarikh penamaan calon bagi pilihan raya itu ditetapkan pada 26 Feb dan pengundian awal pada 8 Mac. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan