Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
COVID-19 Sabah
COVID-19 Sabah

Sabah kembali catat kes baharu COVID-19 lebih 3,000

ByTVS

KOTA KINABALU, 11 Feb : Perkembangan jangkitan virus COVID-19 di Sabah menyaksikan negeri ini kembali mencatatkan kes harian tinggi apabila sebanyak 3,361 kes dilaporkan bagi tempoh 24 jam lepas.

Jurucakap COVID-19 negeri, Datuk Masidi Manjun berkata, peningkatkan sebanyak 392 kes hari ini menyaksikan Sabah merekodkan kes tertinggi bagi tahun ini.

Katanya, kes bergejala mencecah 1,785 atau bersama 53.11 peratus sekaligus memberi petanda wabak berkenaan sudah merebak ke seluruh pelusuk negeri.

” Kota Kinabalu kekal menjadi penyumbang kes tertinggi pada hari ini iaitu 782 kes, diikuti Sandakan 374 kes, Tuaran 310 kes dan Tawau dengan 263 kes,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Katanya, majoriti kes menunjukkan pesakit hanya bergejala ringan iaitu sebanyak 99.7 peratus serta majoriti mereka telah menerima vaksin. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan