Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah berkata, seramai 103 individu telah berjaya ditangkap menerusi Op Bersepadu Lejang Khas (OBLK) dan empat sindiket iaitu Geng Wan Kurus, Geng Oscar, Geng Jalil dan Geng Kancil dilumpuhkan. 

Kadar jenayah di Kuching catat penurunan 32 peratus – Ahsmon

ByKhairil Zharif Affindie

KUCHING, 11 Feb : Daerah ini mencatatkan penurunan jenayah yang ketara iaitu mencecah 32 peratus pada 2021 berbanding tahun sebelumnya.

Peratusan berkenaan melibatkan pengurangan sebanyak 429 kes jenayah yang dilaporkan sepanjang tahun.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, terdapat tiga faktor utama yang dikenal pasti menyumbang kepada penurunan kadar jenayah di Kuching.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) secara konsisten melaksanakan usaha membanteras jenayah dan hasilnya, masyarakat memiliki kesedaran yang tinggi tentang jenayah,” katanya dalam temu bual bersama TVS.

Katanya, faktor lain yang turut menyumbang kepada penurunan kadar jenayah ialah kerana polis melaksanakan program kesedaran bersama pelbagai agensi lain dan jangkauannya lebih menyeluruh.

“Oleh itu, penjenayah semakin takut untuk melakukan kegiatan yang menyalahi undang – undang di kawasan pentadbiran IPD Kuching,” katanya.

Ditanya tentang kegiatan jenayah yang kerap dilaporkan, Ahsmon berkata, kes pecah rumah masih menjadi antara kegiatan jenayah yang ‘popular’ di sini namun pihaknya ‘tidak bercadang’ untuk mengurangkan pemantauan.

” Oleh sebab, anda pasti menyedari jumlah anggota polis di lapangan membuat rondaan sentiasa dilihat di jalan – jalan utama di daerah ini kerana kita mahu masyarakat berasa selamat dan penjenayah berasa takut,” katanya.

Pada masa sama, Ahsmon berkata, pihaknya sentiasa merujuk data dan statistik terkini dalam usaha membendung kegiatan jenayah.

” Walaupun jenayah yang kerap berlaku merupakan jenayah kecil namun pihak IPD Kuching mengambil ia sebagai satu cabaran.

Maklumat risikan juga sentiasa dikemas kini bagi memastikan kita mampu menjaga ketenteraman awam,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan