Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SABAH COVID-19
SABAH COVID-19

Kes positif baharu COVID-19 di Sabah catat penurunan

KOTA KINABALU, 10 Feb : Kes baharu positif COVID-19 di Sabah sedikit menurun pada hari ini apabila melaporkan sebanyak 2,969 jangkitan bagi tempoh 24 jam lepas.

Jurucakap COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, berbanding jumlah 3,333 kes semalam, rakyat tetap perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana peratusan kes simptomatik yang tinggi iaitu mencecah 56.35 peratus.

Katanya, seramai 1,673 pesakit baharu hari ini merupakan kes bergejala yang menandakan jangkitan merebak dengan pantas di negeri ini.

” Sementara itu, lapan daerah melaporkan peningkatan kes dengan Kota Kinabalu merekodkan jangkitan tertinggi sebanyak 565 kes,”katanya menerusi kenyataan media hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan